Mood menaip datang balik hehe ni nak citer sikit la rutin harian aku pada hari bekerja. Ni apa pepagi buta tak tido lagi ni? ada macam budak study tak? alahai rindu plak zaman study alih-alih jadi suri rumah yang awesome plak skang ni, alhamdulillah.
Suami aku bekerja sebagai customer service executive kat Fedex company tapi bukan untuk malaysia, based je kat malaysia. Ofis pun kat uptown damansara yang kekonon fofular dengan tempat lepak dan makan tu, tak kisah la boleh kira aku duk pi makan sana hahaha. Suami aku under fedex new zealand so timing pun ikut sana awal 5-6 jam, masuk keje pun timing macam ni la pukul 3 la pukul 4 pagi la.
Aku ni plak biasa akan tido awal lepas isyak pastu dalam pukul 1-2 pagi aku bangun depends la suami aku punya schedule masuk keje pukul bape dalam minggu tu. Apa aku buat? alhamdulillah duduk rumah pun masih dimurahkan rezeki, aku menjual pelbagai jenis sandwich setiap minggu waktu bekerja di ofis suami. Macam hari ni aku buat sandwich telur, tak banyak pun tapi ok la buat saving sikit-sikit hehehe. Dah siap semua tu aku siapkan plak bekal untuk suami aku, memang tiap-tiap hari aku sediakan, biasa timing break suami pun time subuh emm awal macam tu mana la nak cari kedai kan tu bekal kena ada. Ok apa aku masak pagi ni? jom aku share sikit pic.
nampak sihat tak? hehehe
No comments:
Post a Comment