Monday, 4 April 2016

Cerita genting

Salam empat pagi ye semua,

Suami masuk keje empat pagi minggu ni so lambat sikit la aku bangun siapkan bahan jualan dan bekal suami sambil nak tutup mata kejap lagi singgah la menaip dalam ni sekejap. Nak cerita ni cerita minggu lepas ye, suami dapat cuti sampai ke isnin. Alhamdulillah ada la rezeki berjalan jauh sikit tu sampi tengok movie dua kali bagai.

Jumaat lepas kekonon suami nak buat suprise kat isteri, hehe lately ni suprise asek tak menjadi je en suami ni. Berjalan lah laki bini ke genting highland, fuhhh pertama kali nak masuk 3tahun kawen ni baru la berdua jejak kaki nun atas sana. Plan suami nak la lepak atas pastu balik malam sikit, bergerak la kami petang jumaat tu, aku pe lagi happy la kan lagi-lagi dengan suami. Share sikit la gambo que laki bini nak  naik cable car skyway genting tu.

Belakang tu tak payah cakap la penuh gila orang que ye lagi-lagi foreigner dari cina huhuhu. Excited tak kitorang laki bini ni hahaha.

So far cable car genting ni sentiasa ada non stop tak macam kat langkawi yang kena tunggu kejap la, yang ni tak payah tunggu pun just que panjang bebenor tu je la tapi still bergerak.



Macam biasa la sempat posing dalam tu sambil duk dia bergerak  naik, kecut perut gak la naik hehe.


Tadaaaa sampai ke puncak, amek la gambo background hotel genting yang fofular tu hahaha sejuk tak payah cakap la laki bini siap pakai baju tetebal tapi kan view naik cable car je cung emmm atas tu tak bape ok. Suami kekonon nak suprise tak menjadi sebab outdoor punya themepark tgh under construction hahaha genting tengah buat renovation. Apa ada je la view kali ni ye, nak naik macam-macam pun tak dapat, dapat jalan dalam shopping mall dia je ada la.


Mostly dalam tu banyak kids punya themepark je, pastu kedai-kedai yang boleh dapat kita jumpa kat bawah. Makanan tak payah cakap la mahal ya ampun, kitorang takat beli kudap-kudap je. Suami kata nak makan bila kita balik je nanti makan la kat bawah. Apa pun still enjoy jalan berdua dapat la explore sikit-sikit pasal genting tu then lepak borak each other sambil menikmati udara yang sejuk kat atas tu. Alhamdulillah, punya rezeki untuk berjalan-jalan dan lihat anugerah alam yang Tuhan ciptakan. Hehe tak sabar next holiday trip bulan 5 ni bersama suami, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment