Salam tengah pagi dan salam bulan baru!
Jangan prank-prank orang ok mentang-mentang la april fool katanya, haishhhh. Baru ni aku pi tengok movie yang tengah meletop-meletop kat wayang skang ni iaitu movie Batman vs Superman Dawn of Justice, ok share sikit la picture naaaa.
Aku dengan laki aku ni kaki wayang, pantang la nampak citer yang box office sikit sure la pergi tengok hahaha ikutkan banyak je throwback review ni takpe satu-satu la aku share ok. Dua kali aku tengok citer ni, 1st kat tempat fav biasa la wangsa walk tu detim berdua je, 2nd time plak kat one utama dengan kawan-kawan ofis suami aku pastu pertama kali gak aku tengok dan jejak kan kaki kat one utama tu hahahaha umo dah nak 3series baru 1st time sampai mana taknya aku ni jarang nak pi jejauh gitu pastu penuh dengan orang je hehehe btw seat kat tgv one utama kan boleh buat tido, syokk oooooo.
Ok berbalik dengan citer ni, ikutkan hero dia dua orang jejaka gagah perkasa atas tu je. Apa minah sorang tu buat? tu la wonderwoman konon nak show up untuk kenalkan dia kat penonton mentang-mentang la movie pasal dia plak pasni keluar. Dia pun kejap ada kejap takde dalam movie atas ni, paling best part dia keluar tolong jejaka dua orang ni lawan raksasa jahat aka krypton monster dan tu la part paling aku suka hahaha bab pempuan nampak cool hebat semacam memang aku suka.
Nak ke aku citer sinopsis citer ni? macam tak syok plak kan. Apa kata korang pergi tengok sendiri tapi kan kalau korang tengok last movie superman sebelum ni sure korang faham jalan cerita part batman ni plak. Overall aku bagi citer 3.5/5 la sebab aku suka tang wonderwoman tu je, jalan cerita tak berapa nak ok sangat plus baju batman besi gedabak tu buruk hehe batman dah tua dah gemok aku kata kat laki aku.
Tadaaaaa siap beli semua buat collection letak sebelah tv ye, hehehe ok bye!
No comments:
Post a Comment