Tuesday, 26 April 2016

Demam denggi

Assalamualaikum,

Maaf la asek je menghilang, hari ni aku puasa so ada la masa rest lebih sikit. Buat keje umah pun slow-slow gitu hahaha. Alhamdulillah dengan tiap nafas yang Allah pinjamkan buat aku, suami dan keluarga. Tiap dugaan yang datang pasti ada manisnya.

Tahun ini juga dugaan demam denggi datang lagi kepada kami sekeluarga, di akhir tahun lepas adik bongsu dan di awal tahun ini pula adik lelaki sulung. Demam yang akhirnya di warded di hospital kuala lumpur. Maaf tiada gambar ketika di hospital, berulang alik dan kerisauan yang terulit itu lebih penting lagi-lagi adik ditahan hampir seminggu. Demam yang mengakibatkan hatinya bengkak dan dipantau di unit separa icu.


Kalau tahun lepas adik bongsu cuma 4hari 3malam tapi kali ini hampir seminggu, oh nyamuk durjana. Dengan cuaca yang makin panas, dengan kekotoran yang manusia sendiri hadirkan hmmmm boleh dikatakan area family mak bapak dan adik-adik aku duduk memang terkenal dengan demam denggi. Ada saja kes demam denggi yang terjadi, pihak kementerian kesihatan yang tak alert atau kita sendiri yang tak alert tentang demam denggi ni?

Since adik bongsu terkena tahun lepas memang aku sentiasa beringat kali ni, sentiasa berpesan tapi itu la Allah menduga hambanya. Peringatan lagi buat aku sekeluarga. Ok meh kita share sikit tentang simptom demam denggi.


Di atas adalah simptom-simptom yang dapat dirasakan oleh badan kita ketika demam denggi, yang paling menakutkan bila demam sudah mula kebah tapi badan plak mula mengeluarkan simptom muntah dan mengeluarkam darah contohnya hidung berdarah. Tu dah sampai ke tahap denggi berdarah yang akan mula merosakkan organ lain. Bahaya kan? jika badan tak kuat nyawa boleh hilang. Demam denggi ni takde ubat ye, ubatnya hanya air kosong yang dapat membantu rebuild balik sistem darah dan antibodi badan.

Memang ada yang kata cuba makan sup ketam, air 100plus, jus daun betik dan jus jambu batu merah tapi yang paling sangat membantu adalah air kosong. Berbotol-botol stok air mineral time kat hospital hari tu, bukan je untuk yang demam tapi untuk kita yang tak demam ni amalkan la minum air kosong untuk kekuatan antibodi kita ye.



Haaa tu antara ubat nyamuk yang aku dan family amalkan skang, dah tak bagi muka dah kat nyamuk-nyamuk ni. Kita sendiri kena la berjaga-jaga kan, yang paling berkesan the first one tu tapi kena tahan bau la. Aku sendiri pun dalam seminggu sure ada bakar ubat nyamuk ni kat balcony, 2nd tu elektrik senang je nak guna letak je mat dia dalam tu pastu cucuk je kat plug dan ia akan keluar bau. Patch tu plak siapa yang ada anak kecik boleh la lekatkan kat baju anak, bau dia memang kuat, yang ni aku belikan untuk adik bongsu aku. Sekarang umah mak bapak aku sendiri dah letak ubat nyamuk macam kat atas ni sebagai langkah berjaga-jaga. Mudah-mudahan dilindungi, aminn. So pada mereka yang mula demam dan berpanjangan jangan ambil mudah ok, terus dapatkan rawatan then minum air kosong banyak-banyak.

Tuesday, 12 April 2016

Roti gebu gebas


Salam, jumpa lagi..alhamdulillah, hari ni terus share gambo ye. Nampak tak roti hasil buatan tanganku yang gebu gebas tu lagi-lagi fresh homemade kan hehehe. Betapa rajinnya aku sebagai suri rumah haha puji diri sendiri ke?



Actually senang je buat dia, ni kira first time aku buat roti main redah je plak tu haha aku beli tepung roti then campur dengan mauripan dan juga gula agak-agak la ye kemanisan yang korang nak then tunggu la sampai dia kembang bak bunga tu pastu uli-uli la dia dan susun dalam loyang, haaaa bake dia suhu 180c selama 30 minit. Fuhhhh bau semerbak satu umah tu tak payah cakap la kan, lagi satu aku nak ingatkan 1 paket mauripan tu kena bancuh dulu dengan warm water, pakai half on that pun boleh. Macam aku aritu first timer kan pakai la 1 paket terus, rasa yis dia tu punya pekat sikit la so nextime kalau aku nak buat lagi aku akan guna half sahaja.

Tak susah kan?


Ni yang dah betul masak atas dia nak jadi kuning keemasan tu sapu dengan susu + kuning telur ye menambahkan lagi bau dia fuuuhhhh. InsyaAllah banyak lagi hasil bake aku ni akan aku story mory ye, aku ni tengah tunggu suami sampai ke ofis dengan selamatnya, esok plak aku nak puasa alang-alang dibulan rejab ni kan hope dapat la puasa 3hari pun jadi la tapi dapat buat lebih lagi bagus. Puasa ganti plak lagi 5hari, chaiyoookkk jue!ok guys till then nak sahur ni.

Thursday, 7 April 2016

Rutin harian

Hye hye hye eh salam dulu la, Assalamualaikum.

Mood menaip datang balik hehe ni nak citer sikit la rutin harian aku pada hari bekerja. Ni apa pepagi buta tak tido lagi ni? ada macam budak study tak? alahai rindu plak zaman study alih-alih jadi suri rumah yang awesome plak skang ni, alhamdulillah.

Suami aku bekerja sebagai customer service executive kat Fedex company tapi bukan untuk malaysia, based je kat malaysia. Ofis pun kat uptown damansara yang kekonon fofular dengan tempat lepak dan makan tu, tak kisah la boleh kira aku duk pi makan sana hahaha. Suami aku under fedex new zealand so timing pun ikut sana awal 5-6 jam, masuk keje pun timing macam ni la pukul 3 la pukul 4 pagi la.

Aku ni plak biasa akan tido awal lepas isyak pastu dalam pukul 1-2 pagi aku bangun depends la suami aku punya schedule masuk keje pukul bape dalam minggu tu. Apa aku buat? alhamdulillah duduk rumah pun masih dimurahkan rezeki, aku menjual pelbagai jenis sandwich setiap minggu waktu bekerja di ofis suami. Macam hari ni aku buat sandwich telur, tak banyak pun tapi ok la buat saving sikit-sikit hehehe. Dah siap semua tu aku siapkan plak bekal untuk suami aku, memang tiap-tiap hari aku sediakan, biasa timing break suami pun time subuh emm awal macam tu mana la nak cari kedai kan tu bekal kena ada. Ok apa aku masak pagi ni? jom aku share sikit pic.


nampak sihat tak? hehehe

Monday, 4 April 2016

Cerita genting

Salam empat pagi ye semua,

Suami masuk keje empat pagi minggu ni so lambat sikit la aku bangun siapkan bahan jualan dan bekal suami sambil nak tutup mata kejap lagi singgah la menaip dalam ni sekejap. Nak cerita ni cerita minggu lepas ye, suami dapat cuti sampai ke isnin. Alhamdulillah ada la rezeki berjalan jauh sikit tu sampi tengok movie dua kali bagai.

Jumaat lepas kekonon suami nak buat suprise kat isteri, hehe lately ni suprise asek tak menjadi je en suami ni. Berjalan lah laki bini ke genting highland, fuhhh pertama kali nak masuk 3tahun kawen ni baru la berdua jejak kaki nun atas sana. Plan suami nak la lepak atas pastu balik malam sikit, bergerak la kami petang jumaat tu, aku pe lagi happy la kan lagi-lagi dengan suami. Share sikit la gambo que laki bini nak  naik cable car skyway genting tu.

Belakang tu tak payah cakap la penuh gila orang que ye lagi-lagi foreigner dari cina huhuhu. Excited tak kitorang laki bini ni hahaha.

So far cable car genting ni sentiasa ada non stop tak macam kat langkawi yang kena tunggu kejap la, yang ni tak payah tunggu pun just que panjang bebenor tu je la tapi still bergerak.



Macam biasa la sempat posing dalam tu sambil duk dia bergerak  naik, kecut perut gak la naik hehe.


Tadaaaa sampai ke puncak, amek la gambo background hotel genting yang fofular tu hahaha sejuk tak payah cakap la laki bini siap pakai baju tetebal tapi kan view naik cable car je cung emmm atas tu tak bape ok. Suami kekonon nak suprise tak menjadi sebab outdoor punya themepark tgh under construction hahaha genting tengah buat renovation. Apa ada je la view kali ni ye, nak naik macam-macam pun tak dapat, dapat jalan dalam shopping mall dia je ada la.


Mostly dalam tu banyak kids punya themepark je, pastu kedai-kedai yang boleh dapat kita jumpa kat bawah. Makanan tak payah cakap la mahal ya ampun, kitorang takat beli kudap-kudap je. Suami kata nak makan bila kita balik je nanti makan la kat bawah. Apa pun still enjoy jalan berdua dapat la explore sikit-sikit pasal genting tu then lepak borak each other sambil menikmati udara yang sejuk kat atas tu. Alhamdulillah, punya rezeki untuk berjalan-jalan dan lihat anugerah alam yang Tuhan ciptakan. Hehe tak sabar next holiday trip bulan 5 ni bersama suami, insyaAllah.

Friday, 1 April 2016

Review : Batman vs Superman

Salam tengah pagi dan salam bulan baru!

Jangan prank-prank orang ok mentang-mentang la april fool katanya, haishhhh. Baru ni aku pi tengok movie yang tengah meletop-meletop kat wayang skang ni iaitu movie Batman vs Superman Dawn of Justice, ok share sikit la picture naaaa.


Aku dengan laki aku ni kaki wayang, pantang la nampak citer yang box office sikit sure la pergi tengok hahaha ikutkan banyak je throwback review ni takpe satu-satu la aku share ok. Dua kali aku tengok citer ni, 1st kat tempat fav biasa la wangsa walk tu detim berdua je, 2nd time plak kat one utama dengan kawan-kawan ofis suami aku pastu pertama kali gak aku tengok dan jejak kan kaki kat one utama tu hahahaha umo dah nak 3series baru 1st time sampai mana taknya aku ni jarang nak pi jejauh gitu pastu penuh dengan orang je hehehe btw seat kat tgv one utama kan boleh buat tido, syokk oooooo.

Ok berbalik dengan citer ni, ikutkan hero dia dua orang jejaka gagah perkasa atas tu je. Apa minah sorang tu buat? tu la wonderwoman konon nak show up untuk kenalkan dia kat penonton mentang-mentang la movie pasal dia plak pasni keluar. Dia pun kejap ada kejap takde dalam movie atas ni, paling best part dia keluar tolong jejaka dua orang ni lawan raksasa jahat aka krypton monster dan tu la part paling aku suka hahaha bab pempuan nampak cool hebat semacam memang aku suka.

Nak ke aku citer sinopsis citer ni? macam tak syok plak kan. Apa kata korang pergi tengok sendiri tapi kan kalau korang tengok last movie superman sebelum ni sure korang faham jalan cerita part batman ni plak. Overall aku bagi citer 3.5/5 la sebab aku suka tang wonderwoman tu je, jalan cerita tak berapa nak ok sangat plus baju batman besi gedabak tu buruk hehe batman dah tua dah gemok aku kata kat laki aku.


Tadaaaaa siap beli semua buat collection letak sebelah tv ye, hehehe ok bye!