Assalamualaikum, eeemmm dua hari bercuti nampaknya ye jue nasib tak bersawang lagi hahaha maaf agak busy sedikit sampai lupa hehehe. Apa khabar semua? buat semua aku doakan moga dipermudahkan urusan harian anda tak kira yang tengah bekerja, suri rumah or apa-apa je la.
Hari ni nak share sikit pasal air yang aku selalu buat aka smoothie yang sihat, jimat la sikit takde la nak membeli je kan kat boost ke kat juice work ke eh bukan aku kata depa tak bagus ke apa, ni cara-cara nak jimat je hehe so boleh la buat sendiri.
Tadaaaa tu contoh salah satu ingredient smoothie yang aku buat, kos dia apa je sayur bayam + betik + pisang + oat + dua gelas air kosong then korang blend la haaaa kan sama macam kita beli kat luar. Aku dah amalkan beberapa bulan dah, nak sihat kena la rajin kan lagi pun tak susah blend je terus minum mana yang suka sejuk tu boleh la letak ice. Khasiat dia memang banyak la kan, nak lagi rajin kita buat research dulu pasal buah-buah yang kita nak buat smoothie ni. Aku pun selalu je tukar-tukar kadang kiwi la apple la macam-macam la buah aku dah try, tapi main yang aku selalu letak is bayam dengan pisang. Siapa sangka bayam tu bila dah blend dia jadi sedap hehe.
Hasilnya selepas blend, yang ni aku simpan stok untuk suami sebab dia suka yang sejuk. Balik keje boleh la terus minum. Haaaa aku punya plak terus minum. Senang kan? everybody selamat mencuba buat yang rajin dengan nak rasa sihat selalu ok hehe.
No comments:
Post a Comment