Tuesday, 26 January 2016

Part time

Salam hari selasa!

Lama tak membebel dalam ni kan, busy teramat mengalahkan orang bekerja plak hahaha. Bila kau duduk dan jadi jiran kepada mak mertua sendiri faham-faham lah ye. Even takde konflik parah tapi mesti konflik jiwa sikit hahaha. Ok tutup kes ni teeeettttttt.

Malam tadi suami plak yang berentry amboiiiiii, stress tempat keje katanya. Bersabarlah wahai sayangku, ujian tu kan tanda Allah sayang kita. Bila dah hidup berumahtangga ni or usia kau makin meningkat memang akan ada halangan dan dugaan yang Allah sampaikan buat kita. Betul tak? Tu tandanya biar kita tak lupa pada dia. Hai berceramah plak hehe sesama mengingatkan gitu.

Ok la tajuk kat atas pasal life as a tukang jahit lepas je ex company aku huru hara dek ketamakan orang atas, aku pun decide belajar menjahit.



Kusyuk tak? hahaha tu tengah belajar menjahit kebaya. Bukan senang ye kengkawan menjahit ni memang tough abes la. Salute kat tukang jahit luar sana, macam rintangan la dan kerenah customer yang kena hadap fuhhhh aku pun tak terlepas semua ni sampai suami plak yang stress tengok aku dah alih-alih dia suruh aku buat part time je. Emmm ada rezeki macam-macam plan dalam kepala ni insyaAllah tak mau citer sekarang la takut tak menjadi. Sebelum ni aku buat custom made shawl, alhamdulillah ada rezeki tapi dek kerana lately banyak hal jadi suami tak berapa sihat then aku plak kena fokus ke hal lain, aku pun stop la kejap. Macam aku cakap ujian tu tanda Allah sayang kan.

Sepanjang menjahit ni alhamdulillah ada lah dekat 100 pasang dah aku menjahit kain customer dalam tak kemahiran lagi tu pun dah cukup bagi pengalaman kat aku. Buat masa sekarang ni aku stop dulu tempahan sebab ada benda penting yang aku kena fokus plus aku tak boleh stress. Aku share pic sikit hasil jahitan time belajar dulu la eh, hasil customer plak later aku share.





No comments:

Post a Comment