Friday, 29 January 2016

Perihal rumah

Assalamualaikum,

Dah nak lunch hour ni friday plak tu yang bekerja sure dapat break awal kan owh my rindu zaman bekerja!. Pape pun happy lunch la buat semua, hari ni aku masak simple je emmm sambal ikan bilis dengan sup ayam masak siam fuhhh sedapnya makan dengan nasi panas-panas hahaha sendiri masak sendiri terliur macam la sedap sangat masak tu hehe.

Ni nak cerita hal semalam kan aku pernah kata aku duduk rumah busy mengalahkan orang bekerja, cerita sikit perihal rumah yang aku tengah dalam proses jual beli plus tukar nama bagai. Memang banyak prosesnya padahal ni baru dikira rumah kos rendah emm takde la kos rendah mana kalau harga dah lebih dari 100k tapi alhamdulillah 2tahun duduk rumah ni finally dapat juga rezeki aku dan suami membeli rumah ni.

Ok nak dijadikan cerita sebelum ni dah sign for jual beli antara penjual dan pembeli kat ofis lawyer then pi bank for loan doc plak. Ni baru proses pertama tau haaa nak beli rumah sekarang kau kena siapkan dulu duit deposit kau eh dah takdenya boleh keluar duit kwsp dulu ye. Settle semua baru kau boleh claim haihhh bayangkan kalau harga rumah dekat 300k, nak kena siapkan 10% dari harga tu ok belum lagi bayar lawyer, stamp fee bagai.

Haaa semalam plak, ulang alik mpaj...arrggghhh balik rumah terus pengsan kepenatan hahaha dek kerana nak mendaki ofis besar mpaj yang bagaikan kat atas bukit tu hahaha turun balik segala breakfast roti canai aku makan semalam. Kenapa aku ke sana aku ni beli rumah under pkns lepas tu plak dalam ampang sure la perbandaran dia ampang kan. Ni proses tukar nama kat pkns ye aku dan suami nak kena settlekan all the bill cukai pintu, sinking fund bagai 6 bulan kehadapan mean stat dari bulan ni sampai jun. Kannnn takat duit untuk deposit je memang tak cukup, bukan terus dapat rumah plak tu hahaha proses jual beli skang amek masa dekat setahun owhhhh bab paling lama kat mana? pejabat tanah. Bawak-bawak bersabar moga-moga dipermudahkan buat aku dan suami. Dah sign all the doc dengan apa yang lawyer minta kami buat pun dah cukup lega bila dah settle so tggu plak next news.

Pada semua yang tengah nak  beli rumah or tengah survey-survey tu pilihlah dengan bijak dan mengikut kemampuan anda. Macam aku ni duduk kl faham je la harga rumah kat sini dapat yang harga macam ni pun dh kira alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment