Friday, 29 January 2016

Perihal rumah

Assalamualaikum,

Dah nak lunch hour ni friday plak tu yang bekerja sure dapat break awal kan owh my rindu zaman bekerja!. Pape pun happy lunch la buat semua, hari ni aku masak simple je emmm sambal ikan bilis dengan sup ayam masak siam fuhhh sedapnya makan dengan nasi panas-panas hahaha sendiri masak sendiri terliur macam la sedap sangat masak tu hehe.

Ni nak cerita hal semalam kan aku pernah kata aku duduk rumah busy mengalahkan orang bekerja, cerita sikit perihal rumah yang aku tengah dalam proses jual beli plus tukar nama bagai. Memang banyak prosesnya padahal ni baru dikira rumah kos rendah emm takde la kos rendah mana kalau harga dah lebih dari 100k tapi alhamdulillah 2tahun duduk rumah ni finally dapat juga rezeki aku dan suami membeli rumah ni.

Ok nak dijadikan cerita sebelum ni dah sign for jual beli antara penjual dan pembeli kat ofis lawyer then pi bank for loan doc plak. Ni baru proses pertama tau haaa nak beli rumah sekarang kau kena siapkan dulu duit deposit kau eh dah takdenya boleh keluar duit kwsp dulu ye. Settle semua baru kau boleh claim haihhh bayangkan kalau harga rumah dekat 300k, nak kena siapkan 10% dari harga tu ok belum lagi bayar lawyer, stamp fee bagai.

Haaa semalam plak, ulang alik mpaj...arrggghhh balik rumah terus pengsan kepenatan hahaha dek kerana nak mendaki ofis besar mpaj yang bagaikan kat atas bukit tu hahaha turun balik segala breakfast roti canai aku makan semalam. Kenapa aku ke sana aku ni beli rumah under pkns lepas tu plak dalam ampang sure la perbandaran dia ampang kan. Ni proses tukar nama kat pkns ye aku dan suami nak kena settlekan all the bill cukai pintu, sinking fund bagai 6 bulan kehadapan mean stat dari bulan ni sampai jun. Kannnn takat duit untuk deposit je memang tak cukup, bukan terus dapat rumah plak tu hahaha proses jual beli skang amek masa dekat setahun owhhhh bab paling lama kat mana? pejabat tanah. Bawak-bawak bersabar moga-moga dipermudahkan buat aku dan suami. Dah sign all the doc dengan apa yang lawyer minta kami buat pun dah cukup lega bila dah settle so tggu plak next news.

Pada semua yang tengah nak  beli rumah or tengah survey-survey tu pilihlah dengan bijak dan mengikut kemampuan anda. Macam aku ni duduk kl faham je la harga rumah kat sini dapat yang harga macam ni pun dh kira alhamdulillah.


Wednesday, 27 January 2016

Jom cuci mata

Salam tengahari!

Ni nak ajak cuci mata ni kat lazada, tengah on sale gila-gila. Rambang mata aihhhhh! yang kaki online shopping ni haa apa lagi hehehe macam-macam barang ada dari kosmetik, perkakasan rumah sampai la ke barang dapur, barang bayi pun ada tau.

Siapa yang memang jenis shopping time sale ni la dia apa tunggu lagi, berbaloi-baloi. Up to 80% sale pun ada fuhhhh seronok kan mata ni tengok. Lagi-lagi zaman yang tengah terlampau gawat ni memang la ramai yang amek peluang membeli time sale kan. Lazada ni tengah open sale sempena Chinese new year akan datang ni. Nak jadi customer tetap pun boleh je sign up je kat web lazada ni. lagi senang nak membeli belah kan. Best kan. Ni share sikit web dorang http://www.lazada.com.my/ so boleh la cekidot ok. Happy shopping!





Tuesday, 26 January 2016

Part time

Salam hari selasa!

Lama tak membebel dalam ni kan, busy teramat mengalahkan orang bekerja plak hahaha. Bila kau duduk dan jadi jiran kepada mak mertua sendiri faham-faham lah ye. Even takde konflik parah tapi mesti konflik jiwa sikit hahaha. Ok tutup kes ni teeeettttttt.

Malam tadi suami plak yang berentry amboiiiiii, stress tempat keje katanya. Bersabarlah wahai sayangku, ujian tu kan tanda Allah sayang kita. Bila dah hidup berumahtangga ni or usia kau makin meningkat memang akan ada halangan dan dugaan yang Allah sampaikan buat kita. Betul tak? Tu tandanya biar kita tak lupa pada dia. Hai berceramah plak hehe sesama mengingatkan gitu.

Ok la tajuk kat atas pasal life as a tukang jahit lepas je ex company aku huru hara dek ketamakan orang atas, aku pun decide belajar menjahit.



Kusyuk tak? hahaha tu tengah belajar menjahit kebaya. Bukan senang ye kengkawan menjahit ni memang tough abes la. Salute kat tukang jahit luar sana, macam rintangan la dan kerenah customer yang kena hadap fuhhhh aku pun tak terlepas semua ni sampai suami plak yang stress tengok aku dah alih-alih dia suruh aku buat part time je. Emmm ada rezeki macam-macam plan dalam kepala ni insyaAllah tak mau citer sekarang la takut tak menjadi. Sebelum ni aku buat custom made shawl, alhamdulillah ada rezeki tapi dek kerana lately banyak hal jadi suami tak berapa sihat then aku plak kena fokus ke hal lain, aku pun stop la kejap. Macam aku cakap ujian tu tanda Allah sayang kan.

Sepanjang menjahit ni alhamdulillah ada lah dekat 100 pasang dah aku menjahit kain customer dalam tak kemahiran lagi tu pun dah cukup bagi pengalaman kat aku. Buat masa sekarang ni aku stop dulu tempahan sebab ada benda penting yang aku kena fokus plus aku tak boleh stress. Aku share pic sikit hasil jahitan time belajar dulu la eh, hasil customer plak later aku share.





Monday, 25 January 2016

Uncertainty

Uncertainty.

For the first time
Aku terlebih fikir
Until my head could not take it anymore
Anxious
My heart skipped and run
Not everything u want
You will get
Aku tau aku kene redha
Syukur dengan apa yang ada
Bertawakal
Berusaha
Ingat Dia ada
All i need to do is to reach out to Him
Have faith. He got plans for everybody.

(IbniLord aka encik suami)



Tuesday, 19 January 2016

Smoothie yang sihat

Assalamualaikum, eeemmm dua hari bercuti nampaknya ye jue nasib tak bersawang lagi hahaha maaf agak busy sedikit sampai lupa hehehe. Apa khabar semua? buat semua aku doakan moga dipermudahkan urusan harian anda tak kira yang tengah bekerja, suri rumah or apa-apa je la.

Hari ni nak share sikit pasal air yang aku selalu buat aka smoothie yang sihat, jimat la sikit takde la nak membeli je kan kat boost ke kat juice work ke eh bukan aku kata depa tak bagus ke apa, ni cara-cara nak jimat je hehe so boleh la buat sendiri.


Tadaaaa tu contoh salah satu ingredient smoothie yang aku buat, kos dia apa je sayur bayam + betik + pisang + oat + dua gelas air kosong then korang blend la haaaa kan sama macam kita beli kat luar. Aku dah amalkan beberapa bulan dah, nak sihat kena la rajin kan lagi pun tak susah blend je terus minum mana yang suka sejuk tu boleh la letak ice. Khasiat dia memang banyak la kan, nak lagi rajin kita buat research dulu pasal buah-buah yang kita nak buat smoothie ni. Aku pun selalu je tukar-tukar kadang kiwi la apple la macam-macam la buah aku dah try, tapi main yang aku selalu letak is bayam dengan pisang. Siapa sangka bayam tu bila dah blend dia jadi sedap hehe.


Hasilnya selepas blend, yang ni aku simpan stok untuk suami sebab dia suka yang sejuk. Balik keje boleh la terus minum. Haaaa aku punya plak terus minum. Senang kan? everybody selamat mencuba buat yang rajin dengan nak rasa sihat selalu ok hehe.

Saturday, 16 January 2016

Janam Janam

Salam hujung minggu.

Mesti ramai yang keluar berjalan-jalan kan? tak pun amek peluang rest sepanjang hari kat rumah hehe macam aku ni rest sepanjang berhari-hari hahaha siapa kata? jadi suri rumah pun penat tau ada je benda nak dibuatnya lagi pun aku ni bukan jenis duduk diam owh takpe yang tu aku share next entry la ye.

Berbalik kat tajuk entry aku ni haa sekarang ni tengah demam bollywood kan demam dilwale siap ada yang tengok berkali-kali sampai tak boleh move on hahaha penangan shah rukh khan dengan kajol. Fuhhhh dorang masih cantik dengan hensem tu kajol tak payah cakap la memang makin cantik dari dulu.

Emmm aku pun tak ketinggalan la tengok citer ni tapi bukan kat cinema la kat rumah je, gigih suami aku pi mintak kat kawan dota dia lepas tu download eh hahaha thanks love!. Jalan citer dia ok la bagi aku tapi tak la sampai aku nak tengok berkali-kali, aku lagi suka citer box office dorang sebelum ni macam kuch hota hai, kabhi kushi gam, mohabbatein dan aku rasa yang tu lagi hebat kot. Tengok berkali-kali pun tetap best tetap layan boleh nangis la hehehe. Dilwale ni plak aku suka tang lagu janam janam je la, tu je. Pendapat orang lain-lain kan hehe tapi lakonan still the best. Siapa yang tak tengok lagi tu enjoy the movie sambil berjanam janam. Selamat malam!



Friday, 15 January 2016

Krim yang awesome


Salam jumaat semua, hari ini nak review sikit la satu losyen or krim ni even mood agak ke laut sikit haha. Chill la kan takde kehidupan ni yang tak dilanda badai, apa pun berbalik pada yang atas tu ok.

Yang ni dikenali sebagai Advanced Moisture Therapy Cream extra untuk kaki dengan tangan ya. Macam aku ni kulit kaki selalu merekah lagi-lagi dekat bawah ibu jari dan tumit bukan selalu pakai heel ok hehehe tapi sebab kaki aku tak tahan dengan lantai or sejuk-sejuk ni, dalam rumah siap ada selipar tidur lagi tak lupa gak kat dapur hahaha. Krim ni sangat-sangat la membantu aku melembapkan kulit serta memperbaiki kulit. Haaaa yang selalu pakai heel pun elok sangat la pakai krim ni. Harga pun still harga mampu milik. Kat mana nak beli, pi la farmasi yang berdekatan eh. Nak share pic sendiri phone taknak link plak dengan pc ni, sumber pic pakcik google ye kengkawan.

Btw produk ni produk buatan malaysia tau, boleh la sambil-sambil menyokong kan dan yang paling penting produk ni halal so gunakan tanpa was-was.

Nak tau lebih lanjut korang boleh la pi laman web dorang www.cosmoderm.com takpun pi facebook dorang www.facebook.com/Cosmoderm.




Thursday, 14 January 2016

Musim panas

Assalamualaikum.

Apa khabar semua, hope semua doing well ok. Sekarang ni malaysia tengah dilanda musim panas aka orang kata tengah berlakunya fenomena el nino, apa pun aku nasihatkan buat semua minum la air bebanyak ok, air kosong tau bukan air manis hehehe air kosong ni ibarat penawar la untuk badan kita. Sedangkan orang yang kena denggi pun ubat dia air, berdasarkan pengalaman aku la eh bukan aku yang kena denggi tapi adik bongsu aku yang warded end 2015 hari tu. Memang penawar dia air kosong, air je la yang dapat neutralkan balik darah dalam badan dengan antibody kita.So sekarang yang gila tengah musim panas ni jangan lupa minum bebanyak. Buka la kipas macam nak terbang pun aircon macam kutub utara kutub selatan tapi bahang panas kat luar tu fuhhhh tido malam pun boleh peluh lenjun basah baju tau. Nak kata kebaikan air ni rasa semua orang dah tau kan. Sangat la penting tapi minum air banyak ni tahan gak la nak pegi toilet kan hahaha. Ok salam buat semua until kita ketemu lagi, jom pi minum air!


Monday, 11 January 2016

Bukan pertama kali

Assalamualaikum,

Have a good morning everybody! ok nama dah ada kt profile tu kan just call me jue dan aku seorang suri rumah yang hampir setahun hehe. Tajuk entri plak actually ini bukan yang pertama blog aku hmmm dah banyak dah tapi kali ini sedikit lain sebab aku akan berkongsi life seorang suri rumah hahaha insyaAllah. Rasa janggal sangat dah lama tak berblogging ni. Takpe slow and steady jue, pelan-pelan kayuh gitu. Banyak lagi aku kena explore memandangkan dah lama tak buat entry dengan berblog ni dah macam budak baru belajar. Yes im still learning sama gak dengan life being a housewife. Emm ok la esok kita sambung lagi dengan entry baru ok, nak explore banyak lagi ni, nak bagi cantik lagi blog ni plus aku nak kena masak jap lagi hehe. See ya tomorrow!