Friday, 26 October 2018

Exausted

Salam Jumaat

Alhamdulillah jumpa lagi kita di jumaat yang baru, pejam celik je ni last jumaat untuk bulan ni kan. Soon dah nak habis tahun 2018, aku hari ni pepagi dah keluar delivery 3 tempat dan full slot. Badan plak penat semacam emmm cuaca kot kejap panas kejap hujan dah la aku ni jenis badan berangin haih laaaa.

Bila dah exausted sangat tu mula la sakit badan semua sigh! next aku share citer pasal angin ni eh. Cerita tempahan hari ni 14kotak dapat aku siapkan untuk customer hukm, menara suezcap dan jalan barat pj. Alhamdulillah selamat pun aku sampai ke rumah tu yang boleh ngadap lappy ni hehehe.


Sempat la aku snap kejap tadi kat jalan kerinchi, otw dari hukm nak ke sini boleh aku salah jalan lepas tu waze bawa aku sampai kat kubur cina hahaha kecut perut aku tawakal je la tadi sambil baca doa sekali pusing sana sini keluar gak la kat main road kawasan  perumahan ok time tu dah lega sebab dah jumpa kereta dan ramai orang, time lalu kat kubur cina tu ada 2 biji kereta je termasuk aku mana tak seram hahaha ni kalau bagitau laki aku mau kata risau nak bagi aku delivery jauh heeeeee. Apa pun semuanya selamat sampai alhamdulillah. 

Ok nak rest kejap ni, kerja suri rumah banyak menanti lepas tu.

No comments:

Post a Comment