Saturday, 24 November 2018

Cerita phone baru & blog sendu

Assalamualaikum.....

Knock knock knock ketuk pintu blog sendiri haha dah berminggu ditinggalkan ni. Maaf la ye busy aku dengan reroti selesai je badan flat mintak rest.

Apa khabar hari anda?

Aku alhamdulillah baik sahaja, ada tak sini pengguna tegar Iphone aka ipong hehehe, aku pengguna tegar ok tapi takde la tegar apa jenis model baru dia aku beli. Boleh jual buah pinggang tengok rege ok, dari iphone 4s yang kena ragut tu beralih ke 5s dah sekarang aku pakai iphone 6.


Tu dia kesayangan baru walaupun lambat updated macam orang lain takpe la asal boleh diguna dengan bermanfaat ye semua hehe ni pun beli kat adik je, dia dapat offer dari telco upgrade then dapat free phone tapi aku takde la dapat free so beli la kat dia.

5s aku memang problem dah, lama aku pakai banyak sangat jasa dia plus sentimental value sebab suami belikan untuk hari jadi aku. Masalah dia apa? sure la bateri makin lama semua benda upgrade makin slow la dia dan boleh dikata hari-hari aku pakai talian hayat aka power bank.

Sekarang dah ada 6 ni memang jaga baik juga insyaAllah, buat 5s aku akan simpan dan sayang kau baik-baik ok, ada rezeki kita tukar bateri ok!



Tuesday, 6 November 2018

Happy Diwali & Happy Rest Day!!!


Alkisah rest day di hari diwali ni kakak penjual sandwich bosan sebab suami kerja hahaha maka dengan ini kemas rumah je la kita ya. Nak membasuh cuaca mendung je dari pagi, kain semalam pun tak banyak kering. So aku guling-guling je la sehari ni sambil tengok drama.

Pic atas tu diambil 2 tahun lepas hokay, imagine di hari cuti ni dapat pi holiday alangkah indahnya oiiiiii. View hijau ladang teh memang tenang tapi jalan atas tu tak berkenan haha jalan ular la katakan.

Banyaknya la collection pic & kenangan aku laki bini, fuhhh buat story ni jenuh la bape post ye dak? mesti semua keluar berjalan kan hari ni apa pun stay safe ok & esok selamat kembali bekerja me too also tempahan sandwich berjalan seperti biasa.

Saturday, 3 November 2018

Malam sendu

Assalamualaikum.

Berapa hari tak bersiaran dan aku terlampau busy dengan tempahan juessandwiches. Alhamdulillah, saja je malam ni nak say "HAI" kat semua orang.

Malam ni sendu plus sejuk kan, ada yang dah tido ke macam aku? aku melayan lagu di tengah malam ni current fav shallow lady gaga & bradley cooper lahaiii bestnya.



jom layan sesama, malam semua!

Monday, 29 October 2018

Ahad & Guardian warehouse sale

Assalamualaikum.

Patut update semalam tapi cutinya takat sehari memang kemalasan melanda suami pun cuti lagi la nak melepet je.

Pagi ahad laki bini bangun awal tak tau la rajin plak nak keluar breakfast awal pagi siap park jauh amek mood briskwalk laki bini kemana tu ampang point je, rumah aku dekat je dengan ampang point ni konon nak breakfast la kat pelita macam biasa la bila weekend full kemain. Maka ke mcd la kami since lama sangat tak breakfast mcd ni aku laki bini order la big breakfast dia, aku makan pancake je tau maklum la diet hahaha.

Alkisahnya nak pi farmasi beli apple cider vinegar brand Bragg, nampak la farmasi luar ampang ada promo ok takpe kedai pun belum buka lagi so suami kata jom la jalan dalam ampang point dulu masuk guardian owh ada apa yang aku nak sekali lagi murah dari yang kat luar haaa rembat la sampai 2. Suami tunggu kat luar lepas tu call bagitau ada warehouse guardian apa lagiiiii serbu la kami hehehe

semua ni aku dapat tak lebih dari RM60, best kan

Tengok la apa aku beli tu tak ke murah sangat dah ni, berbaloi-baloi. Ni plak atas pilihan bersama, macam-macam ada tapi tak sempat nak belek lama almaklum la suami ada hahaha nak tengok barang makeup pun tak dan tau. Last day esok ok 30HB, aku siap share kat kengkawan sebabnya dah murah sangat lagi-lagi dengan zaman sst ni kan. So sape nak pi tu sempat lagi tau rasanya esok confirm terlajak murah.

Saturday, 27 October 2018

Young Living eo

Salam weekend!!!

Yeahh hari rehat untuk semua tapi aku masih ada tempahan dan delivery, alhamdulillah tengahari tadi selesai pun. Esok OFF day boleh la guling-guling sambil ber 'eo' ni, eo apa tu? rasa dah ramai tau kan pasal young living ni choppp aku bukan penjual dia tau. Aku baru nak berjinak-jinak je ni tu pun baru ada collection lemon dan lavender hehehe.


Ni semua wife kawan laki aku yang suggest kat aku siap explain bagai la. Ikutkan aku ada je diffuser beli kat lazada jenis camne tu nanti aku share ok, bab eo plak aku selalu beli kat shopee under greenherbalogy, not bad ada la 3 botol collection dah. Aku takde la tahap gila tapi since ramai kata dan keberkesanan young living ni maka aku cuba la, next wishlist premium starter kit dia insyaAllah moga murah rezeki la aku.

Harga young living ni boleh dikata mahal, benda bagus kan so berbaloi la beli so far ni la yang aku dengar dari kawan-kawan yang dah cuba. Nak share sikit la pasal eo lemon ni copy paste dari pakcik google je la na memandangkan malam ni baru aku nak cuba. Moga bermanfaat buat kesihatan badan kita.

sumber pakcik google

Friday, 26 October 2018

Exausted

Salam Jumaat

Alhamdulillah jumpa lagi kita di jumaat yang baru, pejam celik je ni last jumaat untuk bulan ni kan. Soon dah nak habis tahun 2018, aku hari ni pepagi dah keluar delivery 3 tempat dan full slot. Badan plak penat semacam emmm cuaca kot kejap panas kejap hujan dah la aku ni jenis badan berangin haih laaaa.

Bila dah exausted sangat tu mula la sakit badan semua sigh! next aku share citer pasal angin ni eh. Cerita tempahan hari ni 14kotak dapat aku siapkan untuk customer hukm, menara suezcap dan jalan barat pj. Alhamdulillah selamat pun aku sampai ke rumah tu yang boleh ngadap lappy ni hehehe.


Sempat la aku snap kejap tadi kat jalan kerinchi, otw dari hukm nak ke sini boleh aku salah jalan lepas tu waze bawa aku sampai kat kubur cina hahaha kecut perut aku tawakal je la tadi sambil baca doa sekali pusing sana sini keluar gak la kat main road kawasan  perumahan ok time tu dah lega sebab dah jumpa kereta dan ramai orang, time lalu kat kubur cina tu ada 2 biji kereta je termasuk aku mana tak seram hahaha ni kalau bagitau laki aku mau kata risau nak bagi aku delivery jauh heeeeee. Apa pun semuanya selamat sampai alhamdulillah. 

Ok nak rest kejap ni, kerja suri rumah banyak menanti lepas tu.

Thursday, 25 October 2018

11.11 Shopee datang lagi

Assalamualaikum

Mesti semua dah tau kan hari ni SHOPEE 11.11 bermulaaaa!!!! dan aku la salah sorang penyumbang belian kat shopee ni hahahaha. Ni baru je lepas shake shake shake nak dapat coin punya pasal, siap sharing is caring lagi dengan geng kaki shopping online ni hehehe.


Tengok tu uolssss banyak coin menanti bukan tu saja dah sale gila sangat ni. Yang mana nak join cecepat buat acc shopee ok, senang je nak play shake shake ni. jap lagi pukul 1 plak menanti. Meh set alarm sesiap ok.


Camne aku boleh terjebak beli online stuff ni asek dengar kawan memang sume beli fully online sampai la ke groceries, mula tu aku cuba lazada dah laa ni suka shopee plak hehehe tapi aku takde la kaki sangat shopping online ni sekali sekala je mostly sekarang shopee la yang menjadi pilihan.

Tengok la atas tu cepat benar disambar orang, baru tengok kejap dah banyak sold out, aku plak yang stress tengok. Buat semua penggemar shopee jom la kita shopping ok, ni nak kata berhemah pun ya tau sebab dah murah sangat. Jom shopping!


Wednesday, 24 October 2018

Tempahan sandwich di juessandwiches

Assalamualaikum dan Selamat Pagi


Nak memperkenalkan ni bussiness aku yang kali ni memang dah jadi sumber income aku, alhamdulillah.

Dari jual preloved item sampai la ke menjahit ni la satu-satunya yang menjadi "KAKAK SI PENJUAL SANDWICH". Tahun ni dah nak masuk tahun kedua aku bersama juessandwiches, tipu la takde turun naik kan mana nak cari customer, nak dapat feedback yang baik dari dorg, kadang ada sale kadang takde dan juessandwiches pula base on customer order so memang fresh la.

Nak cerita susah payah aku tu hmmm jenuh panjang sangat nanti hehehe buat pengetahuan semua aku la boss aku la kuli, aku la yang masak aku la tukang delivery.

Bukan senang nak senang kan tapi kena la susah-susah dulu kan, kalau nak dicerita apa visi dan misi ni buat masa ni aku dapat tolong suami pun dah alhamdulillah. Nak buka kedai ke apa tu insyaAllah tapi aku selesa macam  ni dari rumah sahaja.

Semua benda depan mata, uruskan rumah, uruskan suami, uruskan bussiness dan aku seorang TTC. Bercerita jadi panjang pula kan takpe cuba sedaya nak active semula blog hehehe ok buat semua kot lalu la kat blog yang bersawang lama ni, nak order tu silakan no ada diatas, instagram pun aku dah share kt dalam ni. Sudi-sudi la jenguk ye plus insyaAllah tak rugi inti gebu gebas fresh lagi tu, meh aku share sikit la pic sandwich juessandwiche ni 😊




Nanti aku share pula kegemaran ramai semua tau. 

Tuesday, 23 October 2018

saya kembali

Assalamualaikum

Ketuk sikit pintu blog yang dah bersawang ni heeeee cari punya cari baru la jumpa, maaf faktor umur hahaha. Tetiba mood nak berblog sampai eh siap header baru, ada lagi ke yang suka berblog ni? zaman la ni macam-macam dah apps yang boleh buat diary ye tak.

Tu diaaaa dari 2016 baru la ni kakak muncul semula, pi bertapa mana tu? dah ni nak penghujung 2018 moga semangat sikit la naaa nak berblog tu. Moga ada la yang sudi-sudi jenguk newbies tak bape newbies ni hehehe moga juga la banyak cakap dalam ni pun boleh buat income tak gitu insyaAllah.

Ok la kita sambung esok pula ye, malam semua zzzzzzzzzzzzz.