Hai, kejap lagi nak sambung tido ni tapi macam biasa la tunggu kekasih halal sampai ofis dulu mari kita menaip dulu. Since umo kita meningkat ni nak exercise punya la susah dan aku salah seorang darinya ye, dari badan melidi sekarang ni dah macam gebu gebas gitu hahaha. Dari la tunang sampai la nak masuk 3 tahun kawen ni dekat 20kilo ye berat aku naik. Fuhhhh jenuh nak turunkan balik oi.
Nak control makan bila bersuami ni faham-faham la ye, kesian plak bila tengok suami makan sorang-sorang la haih semangat kena kental ke heret sekali suami berdiet. Hmmmm aku ni on off je tapi disebabkan kali ni aku nekad ber TTC dengan disiplin so aku nak kena jaga makan jaga badan jaga hormon dan dalaman aku ni so memang aku kena fully jaga. TTC tu apa ya? maybe dah ramai yang tau kan dan ada yang senasib dengan aku. InsyaAllah satu hari nanti aku akan bercerita.
Diet aku sepanjang kawen ni memang selalu ke laut la apatah lagi exercise, nak target goal tu punya la susah tapi kan ada good progress dari awal tahun sampai la ke bulan ni aku sangat la konsisten tak amek air manis ye. Bertahan kan? hahaha yup aku amalkan air kosong sahaja sama ada campur sesudu teh chia seed sehari dan satu slice lemon setiap hari. Fungi dia korang google la eh hehehe banyak sangat kebaikan tau, so far ramai dah tegur badan aku a bit susut. Tu la rahsia berat aku turun sekarang ni tapi ye tapi belum cukup lagi, aku nak capai target sampai berat aku sebelum kawen iatau 50kg. Jenuh tak jenuh la aku nak mengejar balik ya.
Ok ni share sikit cara aku exercise yang menyeronokkan la bagi aku haaaa zumba hehehe zumba sakan ye juria kat rumah tu sorang-sorang. Aku buat tiap petang, dah 3hari aku buat hope berkekalan la ya hahahaha. Banyak sumber yang korang boleh dapat kat you tube, aku pun dapat dalam tu gak dan yang paling layan bagi aku satu group ni from philiphines yang diberi nama love,live,party, cuba korang try search kat you tube mesti jumpa. Layan owhhhhh hehehe buat masa ni tu je la yang menarik perhatian aku tapi nak gak try yang lain nanti. Bukan takat boleh hilangkan stress tau ala-ala menari lagi tu. Siapa nak join aku tiap petang meh la jom sama-sama hidup sihat.
No comments:
Post a Comment