Monday, 23 May 2016

Idaman hati

Assalamulaikum, selamat pagi. Semua sihat? insyaAllah mudah-mudahan ya, hehe asal jumpa aku update je pagi kan sementara tunggu matahari naik ni nak tido balik lepas subuh tak berapa nak elok jadinya moh la tahan mata ye hahaha.


Haih cantik kemain la engkau wahai kasut idaman hati, hehe ingat apa la yang aku dok teridam-idam ye, ni kes jalan-jalan dalam pakcik google la ni. Citer campak ke belakang bukan main banyak aku nak share tapi tak share-share gitu hahaha. InsyaAllah ye, ni selingan je sementara aku tunggu matahari naik ni. Kasut ni bukan nak pakai bersukan tapi nak pakai jadi kasut jalan hahaha cung kan, memandangkan aku lebih selesa pakai kasut ni dari heels memang ini je la pilihan hati. Ok kumpul duit dari sekarang, aminn moga dipermurahkan rezeki.

Tuesday, 17 May 2016

Ada apa dengan cinta 2

Assalamualaikum, bertemu kembali kita, waahhh mentang-mentang la dah tengok movie ni nak berbahasa plak dia ye hahaha. Ok siapa dah tengok ada apa dengan cinta 2 angkat tangan? emm aku dah tengok, harus la kan yang pertama dah tengok takkan yang kedua tak nak tengok plak.

Rasa-rasa mesti dah ramai tengok kan sebab citer ni meletup kot dulu zaman-zaman my batch semuanya nak jadi cinta, cool gila dengan gang dia sendiri pastu dengan lagu melly goeslow lagu auccwwhhh seronoknya hahaha tapi tu zaman sekolah ok dah ni zaman dah berumur hahaha.

Rangga plak menjadi kegilaan ramai gitu lagi-lagi gurls kan hehehe ok la sape yang dah tengok yang 1st tu sure dah tau kan jalan citer dia, yang belum tengok lagi tu boleh je tengok kat you tube ye. Fahamkan pastu sure jatuh cinta la.

Berbalik yang kedua ni emmm ikut kesesuaian umur dah after 14years so now on tadaaaa semua dah dewasa dah punya life masing-masing tapi erti persahabatan tu tetap ada dalam movie ni tau. Cinta yang ada tu pun tetap kukuh evenm ratusan purnama pun cinta dan rangga tu terpisah tapi plot citer tak sehebat dulu maybe ikut kedewasaan kot. Emm nak citer lebih-lebih tak syok plak kan so sape yang belum tengok tu pegi la kat cinema yang terdekat sure tak menyesal lagi-lagi buat peminat setia Ada apa dengan Cinta ni.



Friday, 6 May 2016

Zumba sakan

Assalamulaikum, selamat pagi.

Hai, kejap lagi nak sambung tido ni tapi macam biasa la tunggu kekasih halal sampai ofis dulu mari kita menaip dulu. Since umo kita meningkat ni nak exercise punya la susah dan aku salah seorang darinya ye, dari badan melidi sekarang ni dah macam gebu gebas gitu hahaha. Dari la tunang sampai la  nak masuk 3 tahun kawen ni dekat 20kilo ye berat aku naik. Fuhhhh jenuh nak turunkan balik oi.

Nak control makan bila bersuami ni faham-faham la ye, kesian plak bila tengok suami makan sorang-sorang la haih semangat kena kental ke heret sekali suami berdiet. Hmmmm aku ni on off je tapi disebabkan kali ni aku nekad ber TTC dengan disiplin so aku nak kena jaga makan jaga badan jaga hormon dan dalaman aku ni so memang aku kena fully jaga. TTC tu apa ya? maybe dah ramai yang tau kan dan ada yang senasib dengan aku. InsyaAllah satu hari nanti aku akan bercerita.

Diet aku sepanjang kawen ni memang selalu ke laut la apatah lagi exercise, nak target goal tu punya la susah tapi kan ada good progress dari awal tahun sampai la ke bulan ni aku sangat la konsisten tak amek air manis ye. Bertahan kan? hahaha yup aku amalkan air kosong sahaja sama ada campur sesudu teh chia seed sehari dan satu slice lemon setiap hari. Fungi dia korang google la eh hehehe banyak sangat kebaikan tau, so far ramai dah tegur badan aku a bit susut. Tu la rahsia berat aku turun sekarang ni tapi ye tapi belum cukup lagi, aku nak capai target sampai berat aku sebelum kawen iatau 50kg. Jenuh tak jenuh la aku nak mengejar balik ya.

Ok ni share sikit cara aku exercise yang menyeronokkan la bagi aku haaaa zumba hehehe zumba sakan ye juria kat rumah tu sorang-sorang. Aku buat tiap petang, dah 3hari aku buat hope berkekalan la ya hahahaha. Banyak sumber yang korang boleh dapat kat you tube, aku pun dapat dalam tu gak dan yang paling layan bagi aku satu group ni from philiphines yang diberi nama love,live,party, cuba korang try search kat you tube mesti jumpa. Layan owhhhhh hehehe buat masa ni tu je la yang menarik perhatian aku tapi nak gak try yang lain nanti. Bukan takat boleh hilangkan stress tau ala-ala menari lagi tu. Siapa nak join aku tiap petang meh la jom sama-sama hidup sihat.



Tuesday, 3 May 2016

Hello may!

Assalamualaikum ketemu lagi kita di bulan baru. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Moga-moga terus bermanfaat ya kengkawan, apa ya aku nak share? campak belakangnya punya la banyak tapi memandang hari ni mood macam dilanda badai dapat la cakap nan ada je ye?

Banyak persoalan yang ada dalam kepala aku ni? emmm ntah la patutnya bulan ni aku more excited dengan bulan anniversary aku suami isteri. Takpe pk yang baik-baik saje, agaknya hari ni je kot mood aku macam ni. Aku ni jarang nak share kisah yang terlalu peribadi, apa pun aku tetap bersyukur Allah masih sayangkan aku walau banyak dugaan aku suami isteri lalui.

Ni kengkonon nak buat kain, bulan puasa pun nak dekat, dah mood pun macam ni memang ke laut la jawabnya kan. Haih bertabahlah wahai juria! tetap tersenyum ok.