Haiii lamanya la plak aku rasa tak berkongsi dalam ni, maaf la ye. Mood kemalasan sampai tahap dewa agaknya. Kehidupan aku seperti biasa buat masa ini, syukur dengan tiap rezeki yang datang. Belajar hidup ini dengan lebih redha, suami menjadi kekuatan. Eceh pepagi ayat dah sedih ni kenapa? padahal nak cerita pasal pi melaka kannnnn.
Melaka bandaraya bersejarah tapi aku dengan suami dah selalu pegi sampai dah taknak pi dah hahaha tapi ini versi baling belakang aku pegi bersama mak bapak dan adik-adik aku memandangkan tahun 2015 tu kami semua tak pegi bercuti so spend 1 hari berjalan ke melaka. Dah besar-besar macam ni turn kami adik beradik plak bawa mak bapak berjalan.
Aktiviti seawal jam 7 kami dah gerak then sarapan dekat rnr seremban, dua lagi adik aku sibuk krohhh krohhh dalam kereta ye la awal pagi kan gerak. Kami bergerak dua kereta, family aku ni besar adik beradik aku je dah 6 orang tapi abang aku dah kawen dan tak stay malaysia tinggal la 5 dan aku salah sorang lagi yang dah berkawen gitu. Rezeki kami adik beradik sekarang ni dapatlah mak bapak kami tumpang senang. Alhamdulillah.
Sampai je kat melaka cari la parking kat area dataran pahlawan, faham je la kat sana lambat sikit je full bukan main. Stop minum kat mamak plak haha keje makan je kan yang ni adik-adik yang tido tadi punya turn sarapan plak sekali dengan suami aku sebab kat rnr tadi dia minum je. Settle sesi jelajah bandaraya bersejarah la plak apa lagi. Ok share gambo sikit, nak dijadikan cerita time ni aku demam hahaha so memang agak selekeh.
Bila la aku ni nak kurus kan hahaha tak gigih betul dalam berdiet asek turun naik je...grrrrrr, ok tu aku dengan mak aku dan adik bongsu aku.
Yang ni plak bapak aku dengan mak dengan adik lelaki bongsu aku. Ni time turun ye senang je kan nak mendaki fuhhh punya jenuh.
Ini plak dengan suami kesayangan tak pernah senonoh muka nak amik gambo, muka aku tak payah cakap demam tak kebah-kebah lagi. 2 tahun kawen badan membesar dengan sihatnya la.
Haaa yang ni full adik beradik aku dengan mak, aku takde sebab tukang amik gambo. Pusing punya pusing satu melaka tu having fun dengan family alhamdulillah last sekali sampai tengahari pi la makan asam pedas yang tu memang wajib la kalau ke melaka kan then apa lagi coconut shake klebang la kan hehehe. Gambo takde sebab masing-masing kepenatan tawaf bandaraya bersejarah tu. Pantai klebang pun tak pi yang ala-ala egypt tu, cuaca panas bawak plak mak bapak kan so we just spend time together sampi la petang dan sebelum balik singgah bee farm cari madu untuk bapak. Bagi aku family segala-galanya, bila ko makin dewasa ko akan makin faham betapa pentingnya mereka.
No comments:
Post a Comment