Thursday, 31 March 2016

Wardrobe.sisters

Assalamualaikum,

Selamat petang buat semua, huhu rajin bebenor aku duk update ni ye. Tahan mata dari nap gitu biar malam tido aku tak terganggu, bila nap ni mak aih malam mata ni susah benor nak tertutupnya haaaa.

Ni nak habaq mai sikit eceh loghat utara plak yang keluar hehe nampak tak link kat bawah tu. Tu la link bisnes kecil-kecilan yang aku tengah buat skang ni, baju preloved dengan bape stuff yang baru lagi. Alhamdulillah since start dah masuk minggu ke empat ni jualan tiap minggu ada saja, postage tiap rabu sahaja. Tak mahal pun aku jual so far harga mampu milik la tak lebih dari rm25. Faham kan ekonomi skang camne hehe.



Sudi-sudi la tengok buat yang lalu lalang dekat blog aku ni eh or terbenti kejap ke, klik kat iconosquare sebelah bawah kiri blog ni pun boleh. InsyaAllah barang yang dijual memuaskan takde la sampai tahap dah tak boleh pakai, buat yang dah jadi customer terima kasih banyak dan buat yang singgah pun terima kasih.

Aku share link ye instagram.com/wardrobe.sisters lagi satu wardrobe.sisters ni pun ada gak dalam carousell tau, search je sure korang jumpa. Btw ni entry petang siang tadi baru nak post hehe ok jumpa lagi, jangan lupa klik ok!.

Wednesday, 30 March 2016

Kuih cincin sarawak

Salam 1 malaysia,

Pagi semua dan selamat mimpi indah yang tengah tido or baru nak tido. Aku? macam biasa la bangun siap-siap barang nak niaga kat ofis suami pastu sekali bekal untuk suami. Aku niaga apa? yang tu next entry la ye hehehe. Banyak sangat rahsia aku ni kan takde la mana boleh share tu kita share la sesama kan.

Dah ni skang aku tak tido balik sebab sambil berblogging ni sambil tunggu suami sampai ofis, bila dah sampai baru la aku boleh tido dengan tenangnya. Jauh oi damansara tu dari ampang plak, tu yang tak boleh tido tu. Boleh plak aku berkriuk-kriuk dengan tajuk entry kat atas tu.

Apa tu kuih cincin? aku pun tak sure tapi sedap kemain hahaha hari tu punya la sorok dalam lemari dapur taknak makan nampak macam tak sedap skali dah rasa amek kau hahaha taknak benti plak.

sumber : pakcik google

Mana aku dapat kuih ni? dari mak mertua aku yang baru balik dari sarawak 2 bulan lepas, lama tak aku duk peram dalam lemari hehehe mana la plak aku nak cari kuih ni kat sini, ke memang ada jual kat kl ni eh...korang tau tak mana nak dapat kuih ni kat sini? emmm kena rajin explore ni. Siapa-siapa nak pi sarawak kena kirim ni haha dasyat tak penangan dia. Dulu seingat aku macam pernah makan tapi macam biasa la aku tak tau nama dia apa, sikit lagi dah nak abes satu bungkus ni, jap lagi siang abes la ni. Ok la nyamuk dan start berterbangan ni, kena cegah dulu dengan ridsect power. Jom tido!

Tuesday, 29 March 2016

Sekian lama

Assalamualaikum....

Im backkkkk!!!! finally setelah sekian lama tak berceloteh dalam ni, hahaha kembali semula. Apa khabar semua? moga baik-baik saja la ye. ni apa kes menghilang ni jue? hehehe bukan menghilang tapi mood berblogging tak sampai since TM punya server teruk kemain hari tu mood pun jatuh bergolek.

Rindu gak nak jalan-jalan dalam ni merepek tak tentu pasal kan, hehe tak gak ada gak info aku share kan. Aku ni dah awal pagi bangun ni kenapa? macam biasa cik abang pergi keje la ye. Bekal apa hari ni untuk laki jeng jeng jeng rajin petang semalam nak masak siap-siap la sekali bekal cik abang saya, kueh teow goreng telur mata haaa bunyi pun macam sedap kan belum rasa lagi hahaha angkat bakul sendiri ke apa ni.....

Banyak sangat nak story mory ni since senyap je kan, nak citer dari throwback dan apa jadi baru-baru ni. Tunggu ehhh buat yang rindu hehe ada ke?

Ok la jom tahajud dulu sebelum tido balik. Share sikit la kebaikan solat tahajud ni so siapa yang terjaga dari tido tu boleh la tahajud sekejap tak rugi pun lagi macam-macam kita dapat.

sumber : pakcik google

Wednesday, 2 March 2016

Ke laut

Selamat pagi buta dan assalamualaikum,

Alkisahnya dipagi buta hari ini, kisahnya line internet yang ke laut. Zzzzzzz, boleh dibuai mimpi tengoknya haaaa apa servis tm ni. Apakah anda sedang membaik pulih server? aku ni dah boleh menongkat dagu dah tau. So so so bad tau, lately ni kerap sangat plak. Memang smart phone sekarang ni datang juga dengan khidmat 3g gak tapi tak ke banyak bil kat situ gak nanti. Ni kes nak cekau duit lagi ke apa ni? hikhikhik gelak sambil tutup mulut.......

Nah share sikit pic pantai yang lagi sejuk dari server tenet malam ni. Ok moh sambung tido, goodnite!

Tuesday, 1 March 2016

Melaka bersama keluarga

Salam hari selasa dan selamat pagi,

Haiii lamanya la plak aku rasa tak berkongsi dalam ni, maaf la ye. Mood kemalasan sampai tahap dewa agaknya. Kehidupan aku seperti biasa buat masa ini, syukur dengan tiap rezeki yang datang. Belajar hidup ini dengan lebih redha, suami menjadi kekuatan. Eceh pepagi ayat dah sedih ni kenapa? padahal nak cerita pasal pi melaka kannnnn.

Melaka bandaraya bersejarah tapi aku dengan suami dah selalu pegi sampai dah taknak pi dah hahaha tapi ini versi baling belakang aku pegi bersama mak bapak dan adik-adik aku memandangkan tahun 2015 tu kami semua tak pegi bercuti so spend 1 hari berjalan ke melaka. Dah besar-besar macam ni turn kami adik beradik plak bawa mak bapak berjalan.

Aktiviti seawal jam 7 kami dah gerak then sarapan dekat rnr seremban, dua lagi adik aku sibuk krohhh krohhh dalam kereta ye la awal pagi kan gerak. Kami bergerak dua kereta, family aku ni besar adik beradik aku je dah 6 orang tapi abang aku dah kawen dan tak stay malaysia tinggal la 5 dan aku salah sorang lagi yang dah berkawen gitu. Rezeki kami adik beradik sekarang ni dapatlah mak bapak kami tumpang senang. Alhamdulillah.

Sampai je kat melaka cari la parking kat area dataran pahlawan, faham je la kat sana lambat sikit je full bukan main. Stop minum kat mamak plak haha keje makan je kan yang ni adik-adik yang tido tadi punya turn sarapan plak sekali dengan suami aku sebab kat rnr tadi dia minum je. Settle sesi jelajah bandaraya bersejarah la plak apa lagi. Ok share gambo sikit, nak dijadikan cerita time ni aku demam hahaha so memang agak selekeh.


Bila la aku ni nak kurus kan hahaha tak gigih betul dalam berdiet asek turun naik je...grrrrrr, ok tu aku dengan mak aku dan adik bongsu aku.


Yang ni plak bapak aku dengan mak dengan adik lelaki bongsu aku. Ni time turun ye senang je kan nak mendaki fuhhh punya jenuh.


Ini plak dengan suami kesayangan tak pernah senonoh muka nak amik gambo, muka aku tak payah cakap demam tak kebah-kebah lagi. 2 tahun kawen badan membesar dengan sihatnya la.


Haaa yang ni full adik beradik aku dengan mak, aku takde sebab tukang amik gambo. Pusing punya pusing satu melaka tu having fun dengan family alhamdulillah last sekali sampai tengahari pi la makan asam pedas yang tu memang wajib la kalau ke melaka kan then apa lagi coconut shake klebang la kan hehehe. Gambo takde sebab masing-masing kepenatan tawaf bandaraya bersejarah tu. Pantai klebang pun tak pi yang ala-ala egypt tu, cuaca panas bawak plak mak bapak kan so we just spend time together sampi la petang dan sebelum balik singgah bee farm cari madu untuk bapak. Bagi aku family segala-galanya, bila ko makin dewasa ko akan makin faham betapa pentingnya mereka.