Saturday, 24 November 2018

Cerita phone baru & blog sendu

Assalamualaikum.....

Knock knock knock ketuk pintu blog sendiri haha dah berminggu ditinggalkan ni. Maaf la ye busy aku dengan reroti selesai je badan flat mintak rest.

Apa khabar hari anda?

Aku alhamdulillah baik sahaja, ada tak sini pengguna tegar Iphone aka ipong hehehe, aku pengguna tegar ok tapi takde la tegar apa jenis model baru dia aku beli. Boleh jual buah pinggang tengok rege ok, dari iphone 4s yang kena ragut tu beralih ke 5s dah sekarang aku pakai iphone 6.


Tu dia kesayangan baru walaupun lambat updated macam orang lain takpe la asal boleh diguna dengan bermanfaat ye semua hehe ni pun beli kat adik je, dia dapat offer dari telco upgrade then dapat free phone tapi aku takde la dapat free so beli la kat dia.

5s aku memang problem dah, lama aku pakai banyak sangat jasa dia plus sentimental value sebab suami belikan untuk hari jadi aku. Masalah dia apa? sure la bateri makin lama semua benda upgrade makin slow la dia dan boleh dikata hari-hari aku pakai talian hayat aka power bank.

Sekarang dah ada 6 ni memang jaga baik juga insyaAllah, buat 5s aku akan simpan dan sayang kau baik-baik ok, ada rezeki kita tukar bateri ok!



Tuesday, 6 November 2018

Happy Diwali & Happy Rest Day!!!


Alkisah rest day di hari diwali ni kakak penjual sandwich bosan sebab suami kerja hahaha maka dengan ini kemas rumah je la kita ya. Nak membasuh cuaca mendung je dari pagi, kain semalam pun tak banyak kering. So aku guling-guling je la sehari ni sambil tengok drama.

Pic atas tu diambil 2 tahun lepas hokay, imagine di hari cuti ni dapat pi holiday alangkah indahnya oiiiiii. View hijau ladang teh memang tenang tapi jalan atas tu tak berkenan haha jalan ular la katakan.

Banyaknya la collection pic & kenangan aku laki bini, fuhhh buat story ni jenuh la bape post ye dak? mesti semua keluar berjalan kan hari ni apa pun stay safe ok & esok selamat kembali bekerja me too also tempahan sandwich berjalan seperti biasa.

Saturday, 3 November 2018

Malam sendu

Assalamualaikum.

Berapa hari tak bersiaran dan aku terlampau busy dengan tempahan juessandwiches. Alhamdulillah, saja je malam ni nak say "HAI" kat semua orang.

Malam ni sendu plus sejuk kan, ada yang dah tido ke macam aku? aku melayan lagu di tengah malam ni current fav shallow lady gaga & bradley cooper lahaiii bestnya.



jom layan sesama, malam semua!