Wednesday, 24 February 2016

Oh anak menakan

Assalamualaikum,

Selamat pagi buta ye hehehe kenapa la aku pepagi buta ni tak tido lagi eh? dah tido la tadi tapi bangun sebab suami nak pergi mencari rezeki then macam biasa aku akan tunggu suami sampai dulu baru la aku tido balik, macam ni la tugas harian aku. Yang tengah tido selamat membuai mimpi plus yang tak boleh tido tu cuba-cuba la tido ok imsonia ni tak berapa elok tau. Tutup cerita pasal tido kejap la.

Baru-baru ni anak menakan pulang ke kampung hehe aka kampung klang gate baru, rumah mak pak aku since akak sepupu aku pindah ke jb memang susah dengan jauh la nak jumpa anak menakan aku yang sorang tu. Nama dia Fawwaz rayyan haaa kemain nama, rindu sangat la kejap je dah nak jadi anak bujang tahun ni masuk la 3 tahun btw aku ni masih lagi belum dikurniakan rezeki zuriat dan aku ni dikira tengah TTC skang ni hehe bab yang tu aku share kemudian hari la ye. Apa pun aku syukur sangat dengan nikmat yang Tuhan bagi kat aku suami isteri. InsyaAllah ada rezeki aku untuk yang satu itu. Emmm aku pun dah menguap moh la kita tido ye, aku share sikit gambo anak menakan aku yang super cute ni plus nakal.



Wednesday, 17 February 2016

Misi tempahan

Salam dan salam sejahtera,

Pejam celik dah pertengahan februari kan, gosshhh sangat la cepat masa berlalu jeng jeng jeng aku pun makin tua hahaha rasa macam still lagi terasa zaman remaja zaman rebel fuhhhh plus zaman bujang hehehe. Ni aku asek cerita bab makanan eemmm pasal aku kemudian la ye slow-slow aku share ok.

Nak dijadikan cerita aku ni seorang suri rumah yang memang tak reti duk diam, dah biasa keje dari la zaman stat abes study sampai la ke kawen tup tup setahun kawen dah tetiba jadi suri rumah. Nak kata janggal tu nanti aku cerita ye. Ok baru-baru ni aku dapat tempahan siapkan 60biji cupcake untuk smart reader bukit indah ampang jaya, aku ni bab baking memang rajin dari zaman sekolah dulu bak kata kuih raya tu tiap tahun la buat sendiri haha sekarang je kuih tunjuk gitu.


Nampak tak acuan kat atas tu gigih la memalam buat sambil-sambil buat jualan untuk ofis suami plak, agak-agak korang boleh tak aku buat ig masakan aku ni?ada ke orang nak order lagi? tapi kan baking lagi ok kot tahap kesabaran menjahit haha. Berbalik cupcake kat atas tu aku buat flavour buttercream ye meh closeup sikit yang dah siap ok.


 Alamak kaki nampak, hahaha abaikan la ok. Cung tak cupcake buatan aku tu bukan saje cung tapi sedap hehe angkat bakul sendiri nampak eh tester aku cakap sedap a.k.a suami dan mak mertua, ok la tu kan. Alhamdulillah masih dipermurahkan rezeki. Alhamdulillah. Cekidot gak la gambo lain yang super tempting ni.



Haaa amacam? rasa-rasa boleh amek tempahan lagi tak? hehe ok aku pun ada buat new flavour untuk tempahan kalau-kalau ada yang sudi singgah blog aku ni sudi-sudi la tengok ye hehe 


Ni flavour vanilla cupcake with choc strawberry frosting dan vanilla cupcake with pandan oreo frosting. Yummmsss kan btw selamat membaca bagi siapa yang nak order tu insyaAllah soon akan beroperasi di instagram ya! daaaaaaa.



Sunday, 14 February 2016

Makan Culture

Assalamualaikum, selamat malam.

Lama betul aku ni bercuti kan padahal malas nak menaip hehe ok malam ni cerita sikit la baling belakang first try aku makan dekat


ok makan culture nama restaurant ni ala-ala autentic gitu la macam baba n nyonya pun ada gak. Aku ni laki bini memang suka food hunting ni lagi-lagi kedai makan baru takpun port makan yang tengah viral semua orang duk pusu-pusu nak makan. Satu-satu la ye aku share baling belakang kedai makan yang aku pernah pergi eh, maklum la baru nak berjinak dalam dunia blog ni hehehe.



Ni yang aku order kat makan culture ni, atas tu laki aku punya sloppy burger nampak tak fries sebaldi tu ok la not bad dengan harga tu salah satu menu western dia. Yang bawah tu plak aku punya sweet sour fish dengan man tao apa tu man tao tu haa roti tu kecik molek aje kan act kan dia roti manis je yang digoreng hehe ok la sedap gak aku makan cicah ikan ni tapi nak lagi sedap kalau makan dengan ayam kari dia kot. Ikutkan ada 3 pilihan kau nak makan dengan apa tapi aku pilih man tao kekonon taknak makan nasi, nasi putih dengan nasi kalerful pelbagai warna. Nak tau lebih lanjut cer korang semua try makan dekat makan culture ni. Bagi aku dengan laki aku boleh tahan insyaAllah boleh pegi lagi. Selamat mencuba!

Wednesday, 10 February 2016

Gong Xi Fa Chai

Salam semua, pejam celik dah hari rabu kan. Aku pun lama tak menaip dalam ni so ada sesiapa yang rindu bebelan aku yang masih baru lagi ni dalam dunia blog eceh baru la sangat haha baru dalam nak berceloteh ada la, hehe kasi la can kan salam perkenalan gitu.

Buat yang masih bercuti tu happy holidays tak kira mana jua anda berada be safe all the time. Buat aku yang tak bercuti dari tugas harian suri rumah ni selamat lah hehe cuti masak je la ye lain tugas sentiasa berjalan macam biasa. Apa pun alhamdulillah duk rumah pun ada rezeki juga ye jue, alhamdulillah.

Cuti aku buat apa emm sedia maklum suami aku bekerja dengan fedex tapi bukan under malaysia so cuti tu faham aje la memang takde cuti ikut malaysia punggg melainkan apply cuti sendiri. Suami keje under fedex new zealand timing keje pun ikut sana awal 5jam dari kita kat malaysia dan cuti umum dorang 5kali saje ye setahun tak macam malaysia yang penuh cuti ni hahaha. Normal suami aku masuk keje jam 3pagi ye 2pagi dah kena keluar rumah, gigih aku bangun or kadang tak tido langsung sebab nak siapkan bekal untuk suami haaa jimatkan hehehe then aku akan tido balik bila suami dah sampai ofis before jam 3pagi. Macam tu la rutin harian aku.

4hari cuti dari sabtu tu memang aku mereput je kat rumah, amek adik bongsu aku bawak tido umah aku layan la kerenah siapkan keje sekolah plus layan kartun sekali. Boleh la tu santai-santai dengan adik bongsu aku. Nak berjalan suami plak keje tak syok bila suami takde hahaha kalau jalan pi beli barang dapur cuci mata tu aku on je kalau dengan mak dan adik aku tapi kalau nak pi holiday takde suami tak best hahaha. Macam tu la cerita cuti gong xi fa chai aku, buat semua selamat bercuti, yang dah bekerja selamat bekerja dan gong xi fa chai buat yang meraikan.


Thursday, 4 February 2016

Sample free dari Kotex

Assalamualaikum,

Siapa nak sample free dari kotex? woohooo mudah saje. Jom klik kat web kotex yang aku share ni https://www.kotex.com.my/ . Korang klik aje kat Get a sample kat atas tu haaa senang kan nanti appear la macam ni


Dari sesaje duduk sambil buat keje kat ofis tu kan sambil-sambil la buka laman web kotex ni. Tu dia ada share free sample yang dorang nak bagi free tu hehe try la bukan kena bayar pun kan hehe. Ok aku share step by step dia ok sangat la senang.




Ada 3 step je, senang kan hehehe aku pun tak terlepas dapatkan gak sample free ni. Nak tau lebih lanjut pasal produk kotex ni rajin-rajin lah pi laman web dorang ok, insyaAllah tak mengecewakan lagi pun rata-rata kita wanita malaysia ni memang banyak yang menggunakan produk kotex ni.

Wednesday, 3 February 2016

Penggemar DOTA



Salam hari rabu kengkawan, morning!

Cantik kan gambo kat atas tu, apa dia tu? tu official logo DOTA yang warna merah tu. Apa tu Dota ok la shortform dia Defense of the Ancients kalau korang semua nak tau lebih lanjut sila google hahaha. Dota ni game tau so kaki gamers kat luar sana yang tak pernah try lagi pi la try mau tak bangun-bangun macam laki aku hehe. Ada plak yang bagi shortform as dunia orang tanpa awek hahaha kalau dah laki aku yang dah kawen ni camne plak. 

Aku ni tak la pandai bab dota ni memang tak faham pun kadang tengok je la suami main berejam depan pc dah macam anak dara pun ada tak keluar-keluar bilik hahaha. Explain la camne aku still tak tau camne nak main game ni tapi kan dota ni kat luar mean negara luar memang boleh buat duit berjuta-juta sekali menang fuhhhh sebab dia dah jadi carrier dan salah satu sukan e-sport dorang, best kan keje duk main game je hahaha penat perah otak pasal game je orang lain tungkus lumus perah otak kat ofis dorang duk santai keje main game.

Campak belakang balik tahun sudah suami bawak la aku pegi international tournament dota ni dekat shah alam kira first time buat dekat malaysia so dapat la jumpa international player and team yang hebat-hebat dengan popular kat sana. Emm jangan tak tau ye kat malaysia ni ramai kot fan dengan kaki game dota ni. Dengar sekarang ni pun malaysia tengah jinak-jinak buat game ni jadi e-sport ok la kan go malaysia go. Anak muda boleh la join kan dari duk lepak tak tentu arah atleast ada la benda yang boleh dijadikan visi even orang tua tak bape faham fungsi gamers ni kadang aku sendiri pun rasa tak bape faham hahaha. Share sikit la pic laki aku yang tengah semangat dota ni.




Tuesday, 2 February 2016

Demam monday couple

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Bulan februari dah menjengah alhamdulillah masih lagi diberi nafas dibumi Allah ini. Aminn. Hari ni hari selasa bukan isnin tapi nak gak citer pasal demam korea aku ni hahaha. Eh sebelum tu aku share citer semalam dimana waahhh ayat haa takde la semalam aku dilanda sakit gigi mak aihhhh sakit dia berdenyut satu kepala, hmmmmmm nak nangis bagai pun ada. Rasa lebih baik luka terjatuh dari dilanda sakit gigi ni nasib la aku suri rumah boleh guling-guling kalau kat tempat keje agaknya mau balik amek mc hehe. Suami kt tempat keje dah risau kemain suruh p klinik tapi biasa la dengar je klinik lagi-lagi klinik gigi punya la liat, bukan macam tu la liat sebab dah lama tak pi check gigi ni ha tu yang segan terlebih dah. Akibatnya guna la cara alternatif ye siap tekap dengan bawang putih tapi jalannya kejap aje, ada lagi yang lebih mujarab alhamdulillah dengan izinNYA hari ni dah beransur pulih. Nak tau apa dia emm minum la air suam selalu then pegang pipi kat kawasan yang sakit tu sambil berselawat macam aku ni nak tido pun aku pegang pipi sambil berselawat. Korang pun cuba la nanti mana la tau insyaAllah berkesan.

Citer tajuk plak la, aku ni suka benar la couple ni tak sure la realiti deme dua ni betul bercinta ke tak haha tapi fan macam aku ni sure la nak dorg betui kan hehe. Ni pengaruh running man kuat sangat dah ni, satu program santai yang boleh buat kita ketawa tak stop hehe apa salahnya kan kalau boleh buat kita happy. Tak dapat tengok kat tv ke apa gigih aku search kat youtube hahaha semangat kan.


Gary dengan Song ji hyo monday couple pasangan hari isnin dalam running man tapi dah macam couple everyday plak skang sebab gary yang tak penah give up dengan selalu jaga ji hyo ni hehehe cer korang try tengok moment dorang dalam youtube, sweet sangat kot hahaha. Sape yang tak penah layan running man ni try la tengok sure jatuh cinta hehehe tapi jangan la sampi terlajak tak ingat sume benda ok. Ketawa tu ketawa gak tapi hal lain jangan plak dilupa. Aku ni just suka-suka aje tak la jadi sampai fanatic sangat suka tengok keletah dorang yang cute tu je. Kat luar sana sure yang sayang dengan dorang ni kan hehehe.